fiqeologi 38 : Closing Down

•November 9, 2008 • 10 Comments

jam medan pasar

Aku terfikir2 untuk menutup sahaja blog aku ni. Perlukah aku sambung niat aku? atau biarkan saja atau terus berbloging? kawan2 macam mana?

fiqeologi 37.5 : kira – kira

•June 5, 2008 • 11 Comments

matematik nya begini:

harga = minyak naik

aku = naik minyak

minyak naik + naik minyak = ?

.

.

.

.

lu pikir la sendiri!

fiqeologi 37 : gubahan

•May 17, 2008 • 16 Comments

gambar di melaka baru2 ni. rasa agak jiwang waktu tangkap gambar ni.

aku terperasan yang statistik pengunjung blog aku makin bekurang. aku bukan kisah pon. aku cuma baru terperasan. aku hampir terlupa digit2 katakunci blog aku. jadi, aku rasa, aku bukan spesis blogger yang tegar. tidak setegar menghirup batang nikotin yang meggelapkan bibir aku yang dulunya seksi.

ada orang komen aku berubah. aku cakap, “manusia berubah”.

setelah beberapa bulan aku menjadi kakitangan awam yang berdedikasi dan berkarisma, aku berubah. mungkin efek dari sosial dan politik di pejabat, yang memaksa aku memakai topeng. seperti kurosaki ichigo dalam anime bleach memakai topeng hollow ketika memerlukan ekstra kekuatan.

persetankan aja.

nah, rasakan racun. pengalaman gelap itu antibodi hidup ?. betul ke? aku mula rasa ada tanaman pokok dendam dalam hati aku. kerap kali dipijak dikepala. sebab itu perlunya topeng. kenapa aku memilih topeng ichigo? sebab nampak cool. aku bukan nya kejam. tapi ampun kalau aku jadi raksaksa.

siapa kau?

kawan, aku rasa ada kawan2 aku hilang ingatan. aku tak kisah. aku pernah hilang ingatan.

panas.

musim sekarang terlalu panas. matahari bagai mesin ketuhar. syukur. itu bukan urusan kau atau aku

aku tengah menguap. 5 pagi? aku dah jadi vampire!

sampai disini jumpa lagi. selamat pagi!

p/s : sesiapa rasa mahu buat amal. bolehlah dail nombor telefon selular aku, dan mengajak aku makan2

fiqeologi 36 : padam

•May 3, 2008 • 12 Comments

oh, aku belom update lagi ye?

sebenarnya, dalam 2 minggu kebelakangan ini, aku dah banyak kali tulis entri. tapi setiap kali aku menaip, aku padam balik. aku taip, aku padam, aku padam, aku taip balik. so, aku menanggap, belum sampai masa untuk aku buat entri. minggu lepas, aku dah pun publishkan fiqeologi 35.5, tapi aku dah delete. atas sebab ia terlampau beremosi dan agak personal. oh, jangan fikir yang bukan2, tidak ada sebarang unsur lucah dan ganas juga.

ada sekali aku menulis entri bertajuk kapal terbang kertas. sepatotnya ia adalah entri fiqeologi : 36. tapi aku padam ditengah2 jalan. entri kapal terbang kertas menceritakan tentang kenakalan pelajar2 sekolah rendah agama masjid negara yang kreatif, suka mencarik helain tengah buku tulis pelajar2 lain, dan ….. ops,aku minta maaf setakat itu saja mampu aku ceritakan.

tunggu nanti aku senang ye. sekarang aku xsenang. cuaca di sini panas ketika waktu malam. jadi aku tak boleh berfikir untuk menceritakan dengan ayat2 yang teratur.

apache aku yang hensem

p/s : panasnya!

fiqeologi 35 : kembali?

•April 21, 2008 • 27 Comments

ya, dah berabad aku xupdate blog. dengan alasan apa? (mengeluh panjang).

noktah.

Rutin aku lari menyimpang dari yang asal.

noktah.

Apa khabar kalian semua? semua dalam keadaan baik? Aku? baru pulih. dari genggaman kekacauan emosi. Yang lain, semuanya seperti biasa. seperti biasa aku akan terbangun lambat dari tidur. dan kebarangkalian untuk pergi ke tempat kerja dengan tidak sumpah seranah adalah amat kecil. Walaupun dengan membonceng motor-skuter ego aku yang kecil dan bewarna hitam tu, aku tetap seperti pemandu2 kereta, yang terpaksa mengharungi deretan2 kenderaan lain di laluan jalan cheras yang sesak hingga lah ke jalan loke yew yang entah bila nak siap pun aku xtau.

perkataan2 yang biasa terpacul dari bibir aku yang xkurang seksinya ni memang boleh menyirapkan darah manusia2 yang mendengarnya. aku rasa, setiap pagi aku harus memikul dosa yang mungkin beratnya satu tan kontena yang berisi padat. aku tau korang pon. jangan tipu aku. tuhan tau.

bukan aku xcuba untuk bangun awal, tapi macam manusia2 lain, aku juga akan menutup bunyi alarm telefon selular aku dengan mata yang pejam dan terus menyambung mimpi yang xlah seberapa indah. dalam kira2 setengah jam kemudian baru aku akan tersedar dengan keadaan terpinga2 dan menyumpah seranah diri sendiri. subuh? hampir subuh gajah.

di tempat DBKL, kami diberi pilihan untuk masuk kerja dalam masa2 yang tertentu. iaitu 7.30, 8.00 dan 8.30 pagi. oleh itu, sebagai seorang pekerja kerajaan yang berkarisma dan berdedikasi. aku telah memilih jam 7.30 dan dengan secara automatiknya aku akan mengisi borang yang bersaiz a4 dan berwarna putih dengan garisan2 kosong yang perlu diisikan alasan2 yang munasabah.

aku dah taubat. mulai bulan depan aku akan memilih jam 8.00 pg, juga sebagai seorang perkerja kerajaan yang berkarisma dan berdedikasi.

oh, masa tidur. nanti aku akan ceritakan. rutin aku yang menyimpang.

rakan2 blog skalian, aku akan serbu blog korang nanti. tapi bukan sekarang. sebab dah pukul 11.30mlm. aku tau korang paham. korang pon xnak aku menyumpah seranah di pagi hari kan? kan?

p/s :hahahahhahahahha.

fiqeologi 34 : sebulan

•February 24, 2008 • 15 Comments

aku sengaja xupdate blog. lebih kurang sebulan jugak kan? saje aku berehat dari berblogging. bosan. mungkin efek dari habitat keje yang baru ni. aku ada jengok blog kawan2 yang lain. cuma xkomen je. terasa malas aku nak gerak jari jemari aku ni.

aku ada buat 3d untuk opis lama aku. dorang mintak aku tolong render kan dalam sketchup. tapi harga belom aku letak lagi. walaupon dah siap dan submit. bos lama aku ni segan lak aku nak letak2 harga.

aku kalau boleh nak aje cerita pasal pengalaman aku kat dbkl ni, tapi aku fikir 2,3 kali jugak la. aku xnak nanti jadi isu. korang pon mesti tau. aku kene sain akujanji rahsia2 kerajaan. hahaha. macam aku ni join US govt. plak. FBI cari aku nanti .

 

go

 

election nak dekat. aku xmengundi. sory sangat2. aku xsempat daftar. masa tu, aku boikot xnak mengundi (malu aku dengan mrs.Z). tapi skang aku sedar aku silap. tapi korang2 mesti mengundi. pilih yang terbaik untuk kita.

p/s : time skolah. aku komanden kadet. ” skuad!, keluar…….baris(an)! “

 

fiqeologi 33 : DBKL 2

•January 24, 2008 • 13 Comments
….
batik
baju batik aku.

1. Ni masuk minggu ke-2 aku kat DBKL, so far ok la. kerja belum dapat lagi. ada la sikit2 aku follow senior2 pegi site. Aku asyik teringat kat internet je. Mana xnya, selama ni aku ngan pc xle lari. skop kerja aku sekarang dah jauh gila berbeza. Walaupun Unit aku perlukan orang yang boleh buat 3d, tapi bat masa ni. belum ada lagi kerja tu. so aku perlu lah turun ke site2.

Selama ni aku ingat kerja duduk depan pc tak henti2 tersangatlah memenatkan, dan aku jeles dengan orang2 yang pergi site. tapi bila aku pergi site. aku mula terbayang meja yang berpc tu. hahhahha. sebenarnya, internet yang penting. :p

lepas aku dah biasakan diri aku dengan tempat ni, aku aktif balik la lawat blog korang dan update selalu, buat masa ni aku rasa macam blur2 lagi.

2. Satu perubahan yang aku xsangka ialah download mendownload. sebab kurang masa dengan internet, aku sekarang dah xdownload ape2. xlayan movie2 yang aku download. pada aku ni satu perbahan negetif. hobi aku dah lari. Cuti raya cina ni aku kene set-up balik semua. program diri aku dah kurang stabil agaknya.

3. Aku mula risau skill2 3d aku akan hilang sikit2. Gaji 2,3 bulan nanti baru dapat. so, dengan duit2 tu aku ingat nak upgred pc aku ni. Selama ni 3d2 aku buat tu guna pc opis lama. pc tu berkuasa cc besar. xmacam rumah aku punya ni. nanti boleh la aku berlatih balik 3d aku tu.

4. Aku xtau nak type apa da

chow!