eksperimen 2 : sms sekarang !


bukak je mana2 saluran t.v, radio, tabloid, akhbar, apa saja la mesti ade menggunakan sistem sms, tak kisah lah dalam kategori ape2 pon, samada iklan, chat2, perniagaan, undian, dan macam2 lagi. dengan mengenakan caj yang tertentu, orang ramai boleh menggunakan khidmat ini dengan mudah dan cepat.cas bukan ukuran. tinggi atau rendah? itu bukan masalah. kan?

secara pandangan positifnya, keuntungan dapat pada 2 belah pihak. ya ke?

ok, hak masing2 dan duit masing2…taraf hidup aku tidak seperti mereka yang bijak menggunakan khidmat sms ini. Dengan menekan punat2 di henpon boleh dapat kepuasan!

waaahhhhh! hebat kan?

credit pun jalan laju je macam air sungai. Nak2 bile chat2 kat tv tu.fuhhh~ dah lah mahal cajnya ade gak yang chat tiap2 hari..ada saja nickname dia.hebat2 agak nya inilah dikatan hidup senang? ataupon kepuasan tanpa batasan( shell helix – prestasi tanpa batasan).

kalau difikirkan, aku tak dapat nak cari dimana kepuasan dalam menghabiskan credit dengan cara tu. Apatah lagi habiskan credit dalam mengundi, dimana letaknya kepuasan tu?

mungkin aku tak nampak dan tak dapat rasa, tapi sesiapa yang boleh menyedarkan aku betapa puasnya menggunakan sms dengan cara2 diatas, silakan~, aku nak tau jugak.rasa kepuasannya dimana.

Tapi! aku ada satu cara sms yang boleh memberikan kepuasan kepada korang semua, tanpa mengahabiskan ringgit korang untuk top-up , tanpa gunakan henpon korang, tanpa berususah2 korang key-in kat punat2 tu, korang leh bersms dan sekaligus mendapat keuntungan dan kepuasan.percaya atau tidak? (ripley’s believe it or not)

sms(short message service) bermaksud = khidmat pesanan ringkas. kan?

jadi apa yang aku nak nyatakan disini adalah sistem sms yang cukop ideal,ekonomi dan menyumbangkan keuntungan dan kepuasan yang tidak ada tolok bandingannya. Sistem ini telah lama diperkenalkan dizaman sebelom turun nya nabi Adam dan telah digunakan disegenap dunia dan alam semesta ni!!!

sistem ini dah lama, tapi kebanyakan orang lupa.

jadi biar aku perkenalkan semula. sistem canggih ini yang tidak dapat ditiru atau dicetak rompak kerana ia menjangkaui pemikiran manusia!!

nama sistem ini adalah zikir!

sedarkah kite ini adalah khidmat pesanan ringkas?

dengan mengucapkan satu kalimah sahaja, bukan sahaja free bahkan pulangan nya berganda.

jadi disini aku nak kita saling ingat mengingati, tak kisah lah korang nak habiskan duit dengan sms korang tu, tapi jangan lupe sms pada ALLAH. kalau boleh jadikan mawi kaya dengan sms, mengapa tak jadikan kite kaya juga dengan sms pada allah? beza nya cuma kekayaan itu tak dapat kita nampak di dunia ni.

____________________________________________________________

Hadis Bukhari…….

“Sesungguhnya bagi Allah itu ada Malaikat yang berkeliling di jalan-jalan, mencari orang-orang yang berzikir. Apabila mereka mendapati satu kaum (kalangan) yang berzikir kepada Allah, mereka berseru…….”Ayuh, mari kepada hajat kamu.

Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda……“Maka malaikat-malaikat itu mengelilingi (melindungi) mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia.”

__________________________________________________________________

Jom sms sekarang!

Advertisements

~ by fiq on August 7, 2006.

5 Responses to “eksperimen 2 : sms sekarang !”

  1. insyaallah..

  2. ya insyaAllah

  3. insya-Allah…makaseh mengingatkan saya yang mudah lupa ni…huhu

  4. same2 beringat..lupe gak kekadang =] um~

  5. great one

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: