eksperimen 11 : semut dan perjalanan satu malam

perjalanan satu malam(isra’) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menjadi bahan mainan(ketawa) bagi mereka yang tidak mempercayaiperistiwa itu.Bagaimana dalam satu malam sahaja Rasulullah dapat pergi ke masjidil aqsa? dan bagai merentas masa baginda pergi dan balik bersama tubuh dan jasad nya dan juga dalam perjalanan itu baginda diundang dengan tangga (mikraj) untuk kelangit ditemani bersama baginda jibril a.s. seterusnya pulang kembali ke masjidil haram. hanya satu malam!

Bahkan dalam perjalanan sesingkat itu Rasulullah sempat berhenti singgah di checkpoint tertentu (madinah,bukit tursina dan baitul laham). Dan sempat baginda menunaikan solat sunat 2 rakaat diasana. Dalam perjalanan itu juga baginda ditemukan dengan peristiwa yang simbolik.

dan seterusnya ke masjidil aqsa dengan menaiki bura’ (dari masjidil haram).

itu baru sahaja 1st chekpoint besar dalam peristiwa perjalan ni. tapi ia telahpun menjangkau pemikiran manusia, yang dimana ianya berlaku dalam satu malam!

seterusnya..

baginda didatangkan mikraj dari langit dan naikinya ditemani jibril, dan teros ke pintu langit yang pertama hinggalah ketujuh dan ke sidratul-muntaha dan ke Arasy …dan….

fuhhhh..panjang lagi perjalan baginda, aku nak teroskan tapi aku rasa semua orang dah tau. kita dari kecik dah diceritakan dengan kisah isra’ mikraj ni…tapi malangnya kebanyakan nya xsempat habis, kalau kite pergi ceramah2 mana..nanti last2..”masa mencemburui kita, kita sambung tahun depan” dan begitulah setiap tahun..hohohoho. begitu panjangnya perjalanan dan peristiwa ni kalau nak diceritakan, kalau nak lengkap terpaksalah membaca dari kitab2.

motif aku disini bukan nak menceritakan semula peristiwa ni, tapi nak kita fikirkan logik pemikiran manusia dengan perjalan satu malam ini.

ok, macam ni..

semut.

semut terlalu kecil. berapa lama agaknya kalau perjalanan semut dari town k.l ke kajang?
satu malam? 2? seminggu? sebulan? setahun?

dan kita manusia. besar. berapa lama agaknya perjalanan seperti itu?

camni lah, kita kecikkan skop.

meja makan. dari hujung meja makan ke hunjung satu lagi kire2 berapa lama semut boleh habiskan satu perjalanan? pergi balik?

sudah tentu memakan masa yang lama.heheheh.try la buat

cuba kalau ade suatu kuasa (tukarkan kepada tangan manusia) yang mengangkat semut tadi pergi dan balik. berapa lama agaknya? 3 saat? mungkin kurang lagi.

so? kalau diadaptasikan dengan peristiwa ini bagaimana? ada sesuatu kuasa yang lebih besar mengangkat baginda dengan menghabiskan satu perjalanan yang panjang(cerita perjalanan tu pon da panjang) dalam hanya satu malam. logik manusia atau tidak?

bezanya nya, kita nampak orang mengangkat semut, tapi kita tak nampak pengangkat Rasul.

boleh terima? fikikan..

Advertisements

~ by fiq on August 21, 2006.

7 Responses to “eksperimen 11 : semut dan perjalanan satu malam”

  1. wow sgt menarik!
    sgt setuju dgn anda hehehe

    solat 5 waktu adalah satu2nya ibadah yg diperintah oleh Allah swt face to face kpd Rasulullah.Solat tiang agama.
    jangan tinggal solat
    (peringatan kpd diri sendiri)

  2. Tazkirah yang menarik Fiq. Teringat cerita lalat Bota pegi Ipoh oleh Ustaz Nuri di UTP dulu. Bagaimana seekor lalat yang berasal dari bota, sesat dalam sebuah kereta kemudian sampai Ipoh lalat tu keluar. Lalat tu x percaya yang ia boleh sampai Ipoh dalam masa x sampai satu jam. Perumpaan yang sama di terangkan Fiq.

    Dalam sains, masa adalah salah satu dimensi. Buat masa ni kita hanya tahu 4 dimensi tetapi hanya Allah tahu brapa dimensi yang diciptakannya. Maha Besar Allah tuhan sekalian Alam..

  3. faridfadly : um, sama2 kita mengingati

    fuad : lalat tu mesti sesatkan? hohohoho
    nasib baik kat situ ada rmaai kawan lalat lagi, sama2 beringat fuad =p

  4. cuma satu malam jer, apa nak heran yg keliling dunia 80 hari tu… slow… kan kan…?

  5. penjelasan yang menarik…saya bagi fiq 4 setengah bintang..he he he

  6. os : yep yep

    akira : 1/2 lagi kat mane bintang tu?

  7. 1/2 lagi tu saya tanak bagi fiq lagi…ha ha ha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: