eksperimen 13 : didik lah kami

“brrrttt.. brrtttt….” bunyi dari gegaran(vibrate) henpon aku diatas meja komputer. Lampu berkelip. Ada mesej baru. keypad lock dibuka. aku tekan punat. Baca mesej. Dari seorang kawan.
Belom habis mesej itu dibaca. Aku reply teros. Sambil mengeloh. tak sampai 30 saat. Aku balas.

isi kandungan mesej aku : sori, aku balik jb,ada kenduri arwah.

lepas jawab mesej tadi, aku berfirkir. Ya, tahun-tahun sudah aku juga seperti mereka. Tapi sekarang nafsu seperti itu kurang menarik bagi aku. aku tidak salahkan mereka.
Mungkis nanti, akan tiba masa mereka faham.

mesej seperti tadi mungkin lebih kurang 3 atau 4 aku terima, dan semua jawapan aku balas dengan jawapan yang sama. Sebab itu tadi aku belom habis baca , tapi dengan selamba badak aku terus reply.

Dulu, aku seperti mereka kerana terikut-ikut sahaja. Jujur aku cakap takde apa yang seronok.
Memenatkan dan menghabiskan duit. Mungkin ada yang tidak setuju dengan aku. Maaf, aku tidak berniat. Ini apa yang aku rasa.

isi kandungan mesej mereka : wei, malam merdeka lepak mana? jom saing skali.

Ini yang membuatkan aku mengeloh tadi, mesej seperti ini. Aku tak salahkan mereka, mereka mungkin hanya ingin melepaskan kerinduan bersama kawan-kawan lama. yang membuatkan aku mengeloh adalah, maksud merdeka pada anak bangsa yang muda seperti aku ini adalah lepak di sebelah malam nya, berpesta, bunga api, minum, shisha? atau mungkin lebih?, terkinja-kinja, merempit, terpekik melaungkan merdeka di tengah-tengah malam(sesuatu yang tidak rasional, disebabkan merdekanya dilaungkan pada siang bukan malam), dan…sebagainya.
Terlalu banyak yang tidak ada kene mengena dengan merdeka, tapi disambut nya pada malam itu.

Maaf kalau ada yang tak setuju.aku hanya merasakan itu semua tidak ada kene mengena dengan MERDEKA yang sibok dilaungkan oleh Pak Menteri.

malam itu aku akan berangkat ke JB, ada kenduri arwah. aku tidak bohong. maafkan aku kawan-kawan. Walau aku tidak ke sana sekalipun aku takkan keluar meraikan cara jahiliyah itu.

adapun, aku akan meengajak korang semua datang kerumah aku dan suroh mak aku masakkan sedap-sedap. tapi jangan itu. Aku tidak bernafsu seperti itu lagi, dan Maaf, Jangan bawa aku ke jalan seperti itu lagi. Aku hormat kamu semua, dan kamu perlu menghormati aku sehendaknya.

Dan, kepada yang mereka yang berkata mereka ini adalah Patriotik. “Mari, tolonglah kami, didiklah kami, biar kami tahu apa itu erti kemerdekaan dan cara meraikannya dengan betol, bukan ini, bukan ini yang kami mahu sebenarnya.”

p/s : aku tidak ingin memberatkan lagi bahu kiri aku yang sememangnya sudah berat ini, aku sedang berusaha mengurangkan nya.Maaf.

Advertisements

~ by fiq on August 27, 2006.

11 Responses to “eksperimen 13 : didik lah kami”

  1. bagus dude, susah douw nak insaf macam kau ni. bagus-bagus.

  2. btul2, jgn jd pemudi yg hanya tahu melepak di mlm merdeka,huhu

  3. hahha..betol tuh.
    zaman tu dah berakhir hahha

    jom follow aku layan futsal mlm merdeka lagi baek

  4. Aku sokong ko Fiq.. Merdeka ni balik ngecat rumah.. heheh.. Obat hati yang mujarab, mengingati mati..

  5. salam merdeka jiwa…

  6. wah fiq…lama tak post entry dan entry kali ni buat saya kagum…

    ingat..beza manusia dengan haiwan adalah akal dan fiq dah berjaya menggunakan akal tu…macam ni la adik ahkak…huhuhu…

    gambate fiq…

  7. amanitium : maseh, kite sama2 berusaha, memang bukan mudah.

    dayah : lepak boleh, tapi kene pada cara kan?

    faridfadly : aku kaki bangku xp

    fuad : wah dah siap nak prepare raya eh fuad? ngecat2~ xp

    esis : terima kaseh, sedang bertatih sekarang. doa2kan ya.

    akirasuri : maseh dan aku akan ingat. =]

    p/s : korang ape planning di malam merdeka? saja nak tau~ =]

  8. pegi gym, try angkat berat.. pastu kau pastikan bahu kiri dan kanan tu sama besar…

  9. Merdeka kena zahir dan bathin.. fizikal dan spiritual…..

    hehehe..

  10. Alhamdulillah..sy ske dgn entry ni..
    fitrah manusia sukakan kebaikan..
    jalan mujahadah tu berliku2..harap dpt istiqamah..

    -sy yg masih membetolkan diri-

  11. os : cadangan baik hahahahha

    bp : ya =]

    sr : mari istiqamah, doakan bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: