eksperimen 20 : dari indo ke malaya


gambar hiasan

mereka bekerja sebagai buruh, ada juga menjadi pelayan dikedai2 makan, yang pastinya mereka juga bekerja dan mungkin kerja mereka lagi berat. mereka juga letih, penat, dan ada komitmen masing2. mereka bukan orang sini, asal mereka jauh, perlu melintasi laut. jauh mereka datang.

lain pula mereka yang satu lagi ini, mungkin bekerja, mungkin belajar, mungkin menanam anggur.
mereka ini juga letih,penat. mereka orang sini, lahir disini, bumi ini. ini tanah mereka sendiri.

hari ini hari jumaat lagi, minggu lepas aku ceritakan pasal dua kumpulan yang berlainan kaum nya, minggu ini kaum nya juga berlainan, tapi agama nya sama.ya sama seperti aku.

tiap minggu berlaku perkara yang sama, tiap jumaat. aku akan ke masjid dengan rakan sejawat.
sebelum pergi kami akan membasahkan tekak di kedai makan. bertegur sapa dengan mamak.

di sudut sebelah sana kelihatan regular customer, satu kumpulan lelaki dan perempuan, melayu, dan yang pastinya islam agama mereka. ya, seperti aku juga.

setiap minggu ada. mereka akan duduk disitu. itu meja mereka.

tepat pukul 1. aku dan rakan sejawat ke masjid.

sehabisnya solat. aku akan duduk sebentar, tunggu sehingga doa habis.orang sibuk bersesak2 keluar dari pintu masjid. disitu boleh dilihat kekalutan manusia cuba keluar dari rumah Allah. imam membaca doa dengan kusyuk. tapi makmum nya…

aku melihat sekeliling seperti biasa, muka2 sama. yang tinggal. Dan, aku kagum dengan mereka yang aku hendak ceritakan ini. mereka adalah dari golongan yang mula2 aku sebut. indon, bangla, india muslim dan seangkatan dengannya yang datang dari jauh masih kelihatan menadah tangan sehingga habis doa. mereka juga penat, mereka juga sibuk. Dan, yang menariknya, mereka berjalan kaki ke masjid. walaupun perajalan mereka memakan masa 15 minit. mereka akan ke masjid menunaikan solat jumaat berjemaah.

selesai mengamin kan doa, bersurai lah makmum. ada yang masih tinggal bagi menunaikan solat sunat dan amalan sendiri2. aku tunggu rakan sejawat. sambil itu aku melihat sekelinling lagi. aku termenung…

mereka yang bekerja sebagai buruh dan penat pun sanggup ke masjid sambil berjalan kaki ke masjid. yang orang kita ni, ada kenderaan pun malas ke masjid hari jumaat..

rakan sejawat memanggil aku untuk beredar.

sampai di opis, kami makan di kedai kami minum tadi. kelihatan mereka yang tadi itu ada disitu. setiap minggu begitu. mereka ada dimeja itu sebelum dan selepas solat jumaat. aku pada mulanya bersangka baik. mungkin mereka keluar awal.

tapi hari ini, aku tanyakan pada mamak kedai makan itu. mereka tidak kemana2 dari tadi.

oh..begitu rupanya..

indon lagi elok dari anak melayu yang bersepah diwaktu solat jumaat.

kalau ye pon. duduk la rumah. malu la sket.

Advertisements

~ by fiq on September 15, 2006.

8 Responses to “eksperimen 20 : dari indo ke malaya”

  1. bila perasaan malu dah takde tahap camtu, aku pun kehilangan kata-kata.

  2. Kesian pada mereka..

  3. some of them, bukan setakat hilang malu..malah ader gak yang berbangger buat camtuh..tanda akhir zaman..

  4. emm saya selalu juga melihat lelaki-lelaki yang tak tahu malu ni…sudahlah tak pergi solat jumaat satu hal, tayang muka terenyeh macam kerang busuk dekat kita..aduh!!tak reti malu betul..hampeh betul mereka-mereka ni…tak boleh buat ketua keluarga!ahakz!!

  5. apa nak buat, dah di ajar begitu

  6. pnh reject sorg lelaki yg jrg pegi slt jumaat,haha.
    tp reject ttp reject,haha.mcm akirasuri kata,tak leh wat ketua keluarga.
    Mcm baek jerk aku nih :p

  7. aman : kata2 ko xpenah hilang pon

    fuad : kesian memang kesian, tapi itu melampau. sekurang2nye ade malu kan? mintak kite sekeluarga semua dijauhi.

    ad3k : bangga? hebat!!

    akirasuri : kerang aku suke, tapi kalau busuk aku xmakan, carilah ketua keluarga yg elok2 kira..

    king : maksod kamu? ibu bapa?

    dayah : reject? heheh dasat, leh bukak kedai reject shop. =p

  8. memikir masa depan… apa akan jadi pada anak2 masa depan, semakin bertambahlah beban guru2 mendidik anak2 yang bapanya seperti ini..

    eh kamu2, semoga menjadi manusia yg baik2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: