eksperimen 26 : lelaki kelawar


Tahun 2000, Disebuah sekolah agama di serambi mekah, jam 7 pagi. tertangkapnya 2 superhero, batman dan robin di perkarangan asrama depan pintu pagar utama.

al-kisahnya, pada bulan ramadhan. selepas sahur, aku dan robin(bukan nama sebenar) tidur dengan enak nya.sungguh nikmat tidur selepas sahur.embun segar,suhu yang dingin…
kelihatan pelajar-pelajar lain sedang bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh.
entah mengapa pagi itu aku terlalu mengantuk. biasalah, aku batman..siang kene tidur, malam berjaga.

sedang kami sedap menikmati mimpi,yang lain sedang solat. pintu pagar tangga dikunci.
Untuk pengetahuan, asrama aku hanya ada dua jalan keluar,tangga a & b, dan di situ terdapat pagar.jadi apabila dikunci, memang tak boleh keluar atau masuk.

sedang asyik dibuai mimpi, aku tersedar.. “hari ini, uztaz K (bukan nama sebenar) ada” dalam hati aku. Untuk pengetahuan uztaz K adalah ustaz ynag bengis dan tidak boleh dibawak berunding. Aku bingkas bangun dan mengejut robin untuk cepat-cepat kemasjid. kerana kalau ustaz K ada nahaslah kami.

aku dan robin dengan segera mandi ala kadar, dan terus turun tangga. tapi malangnya tangga a berkunci, dari jauh kelihatan tangga b juga terkunci.

robin : weh, macam mane nih..mati kita kalau kantoi ni.
aku : kite terpaksa ikot jalan tu..
robin : gila kau, kang jatuh tak balik raya kita.
aku : itu je jalan kita ada, kalo tak, kita jadi bahan ustaz k lah..
robin : okla, kalo ko kering aku pon kering

aku dan robin segera ke beranda belakang bilik dan disitu terdapat paip hitam yang disaluti semacam sepan dan getah itu(aku tak tau nama apa). aku dan robin terpaksa menggunakan jalan ini, turun meluncur dengan memegang batang paip itu, dan dibawah terdapat atap walkway sebelom sampi ketanah.

aku dengan hebatnya turun meluncur macam cerita batman lama bila nak pergi turun ke batcave. sampai dihijujung papi, terpaksa melepaskan tangan untuk landing ke atas atap walkway. dan lompat terus ketanah.Tinggi nya lebih kurang 7-9 kaki. peritnya kaki ketika itu hanya tuhan saja yang tahu.

giliran robin pula turun…”BAMMM” bunyi dari hentakan kaki robin jatuh ke atas atap walkway.
robin lagi berat dari aku, robin terun lompat ke tanah dan smpat roling sekali dua. Kami terus lari ke masjid.

aku : alamak…kantoi
robin: ustaz k!!!

ustaz K sedang menanti kami didepan, kelihatan tangan nya mengenggam pedang rotannya.merenung tajam kearah kami sambil menghunus pedangnya.kami tersipu, mendekati ustaz k. kami hulurkan punggung kami. PAAAPPPPP!! PAAAAPPPP!! PAAAPPP!!, pedang ustaz K tepat ke sasaran.

Ustaz K : macam mana anta keluar dari pagar tu?
aku : ikot paip ustaz…
Ustaz K : anta nak jadi batman ke?
aku : masa kecik-kecik teringin gak ustaz
robin : gelak kecil

Ustaz K pandang ke padang sambil menunjuk dengan pedangnya. Kami faham apa maksudnya, kami ke padang dan menunaikan solat subuh disitu. sambil solat sambil tersenyum. aku mengimamkan robin.

segar…..solat dipadang bola…embun dan kabus

habis solat. aku dan robin gelak sepuas-puasnya.

esoknya, aku dan robin meletakkan jawatan sebagai superhero. kami jadi orang biasa.

p/s : aku dan robin terjun dengan pakai baju melayu dan kain.kembang kain kami waktu tuh. =p

Advertisements

~ by fiq on October 4, 2006.

14 Responses to “eksperimen 26 : lelaki kelawar”

  1. Superhero yang hebat.. Nasib baik masa terjun kain tak melayang.. Lain plak cite nnti.. 😉

    Fuad: Pernah kene smayang dhuha atas padang sebab sampai lewat skolah..huhu..

  2. aha, aku pn nak ckp benda sm, seb baik kain tak melayang,haha. Tp silap la, ko ptt tanggal je kain tu jadkan pyg terjun, pasti selamat landing ke tanah tanpa sakit kaki,hehe

  3. ha ha ha [gelak tak cukup pipi aku baca entry kau ni bulat]…

  4. ustaz k tu berkumis tebal tak?

  5. oooo oooo bravo! bravo!

  6. aku dulu kat sekolah asrama agama gak..ade tangger(jln kuar) a&b yg boleh dikunci gak..tapi jalan alternatif ialah koridor maut yg ader tiang kat sebelah dier..so care aku n geng turun tak ubah macam ghostbusters..haha~!

  7. skolah asrama mmg best..

    kalau kat skola aku dulu kes cam ko nih dah naik perhimpunan dah ni ha ha

  8. mana-mana yang dijumpai tak turun ke musholla untuk solat subuh berjemaah akan disuruh beratur di tangga. bila bebudak lain balik, dapat pulas pusat. seorang sekali.

    aku cuma kantoi xberjemaah asar.

  9. muhahhaaha.. lawak sungguh. hebat korang erk..!! nasib berdua ader gak geng.. kalo sorang mesti mati kutu..!!

  10. anda memang terer

  11. Hehehe……

  12. WAAAAAArrrrrrgg kain pelekat ko kembang macam payung terjun. seluar kecik pakai?? hahaha

  13. haha 😀

  14. fuad : kalo terer pakai kain xkan melayang nye bro. huehuehuehe

    dayah : idea ni boleh pkai ke? =p hehehhe

    akirasuri : haa, gelak puas2.

    aman : ha’ah, mana kau tahu?

    king : =]

    ad3k : lebih kurang lah tuh =p

    farid : skola kau mungkin skema tahap dewa dewi kot

    jarri : mesti ramai budak skola kau pusat dia kaler biru kan? hahaha

    maniq : kalo sorang rasanya tak turun dah =p

    nizamrusli : ya, memang terer =p

    black pepel : =]

    esis : aku pakai =p , robin aku tak tau plak.

    s.c-aminbakish : huhu =]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: