eksperimen 28 : adoi~

aku berjalan kaki ditengah-tengah pangsapuri yang riuh dengan kanak-kanak bermain bola, ada yang bermain bunga api. pom! pom! ada yang galak bermain mercun, pekak telinga aku. aku dengan segala kudrat jalan dengan gaya bebas. kelihatan belia sedang duduk di tepi longkang menghembus asap bak naga. konon ganas, sesekali gelak tawa besar, ada yang berpasangan di sudut-sudut, agak gelap disitu.aku endahkan.

tiba juga aku ke destinasi, aku mengambil nombor.dan menunggu giliran. pom! pom! bingit sungguh. makcik-makcik disebelah aku tekumat kamit, agaknya menyumpah seranah.

setelah bebrapa minit. encik fiq, seorang gadis memanggil. aku menyahut. orang sekeliling memandang aku, mungkin pelik. Salah ke aku menyahut? aku masuk di suruh masuk kesebuah bilik, dingin. ada katil. aku di suruh duduk.

didepan aku seorang pakcik bertanyakan macam-macam. aku menjawab dengan penuh yakin.
setelah beberapa lama berbual-bual. tiba-tiba, dia membuka lacinya. aku kaget. senjata tajam!

dia senyum, aku membalas senyum dengan senyuman kambing, tapi sedikit macho.

lantas, pakcik itu menarik baju dilengan aku, ditikam nya senjata tajam itu. aku menjerit. adoiiii!!!!. pakcik itu terperanjat. aku tunduk. gadis yang memanggil aku tadi masuk ke dalam bilik. dia gelak, pakik itu pon gelak. aku …pon gelak.

rupa-rupanya tak sakit pon. selama ni aku takut kepada jarum suntikan.wahahhaha. aku tegelak.

aku keluar dari bilik tadi, kelihatan orang lain memandang aku lagi. aku buat-buat tak tahu saja.terus berjalan keluar dari situ.depan pintu besar. ada bangku diluar, aku duduk membuka kotak, dan memetik lighter, menghembus asap dengan macho. muka aku merah, menahan… tapi masih lagi macho. gadis tadi memanggil nama aku. aku ke kaunter, ambil ubat, bayar dan terus keluar. semua memerhati aku, aku tau aku macho. =p

p/s : maap kengkawan tak singgah ke blog korang. aku sihat nanti aku singgah

Advertisements

~ by fiq on October 14, 2006.

11 Responses to “eksperimen 28 : adoi~”

  1. dude, kene suntik memang tak sakit. buat scalling yang sakit gila-nak-mampos-eee-sakit-la-doktor!-aku-sepak-kang!.

  2. OII TAK PUASA KE?HA HA HA…
    SELAMAT SIHAT..

  3. cheh, kau tak puasa~ siap tulis kat blog lagi. cheh~!

  4. king : panjangnye?? wahahaha

    akirasuri : mana de xpuasa, ni malam la, malam.budak2 main mercun

    aman : seperti tertera diatas. gila ape aku nak hembus asap dikhalayak ramai =]

  5. Semoga sehat cepat2.. menhembuskan asap mmg aksi yang macho.. Hahak..

  6. kelebihan menjadi naga = awet muda..fewiiitt…bak kata org ‘awal skit matinye beb’..btol kot eh mr. macho..
    hembus asap = macho…hahah..heheh..hohoh..huhuhu

  7. kelebihan menjadi naga = awet muda..fewiiitt…bak kata org ‘awal skit matinye beb’..btol kot eh mr. macho..
    hembus asap = macho…hahah..heheh..hohoh..huhuhu

  8. aku sejak kecik mmg takut dgn ‘senjata’ tu..tapi pertengahan tahun ni aku kena denggi semiggu kena ambik darah barulah aku tahu ia bukan la sesakit mana..heheh

  9. jap..ko kat dalam klinik kn? camner bley isap rokok plaks? takkan ko tggu ubat kat luar klinik kot?

    *confused*

  10. sakit2, isap rokok lg..isk2. Ko skt ape smpi kene inject?

    *konpius jgk* ;p

  11. fuad : maseh, ya memang macho =p

    yaza : memang awet muda, nak try ke? =]

    chot : yep yep, tapi kalau sekali lagi berlak, aku mungkin pikir 2 kali =p

    ad3k : lua klinik pon boleh dengar org panggil nama, sebab terjerit2.

    dayah : sakit…ade la, huehuehuehuehue.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: