eksperimen 43 : style

tahun 1999

ronald(bukan nama sebenar) budak gombak baru belajar menyemat. sudah ada taste memilih pakaian. baju mesti tegang begosok. rambut rapi. sudah cool.mendengar lagu omputeh. sebelum itu ronald biasa aje. Oleh kerana tidak dapat menerima perubahan secara total dari ronald, aku dan steven mencari-cari kelemahan ronald.

satu hari, ronald tewas. aku dan steven berjaya menemui kelemahan ronald. kami sengeh. aku dan steven menghampiri ronald. ronald menyapa dahulu. ye, kelihatan cool bukan?

aku dan steven berbisik – bisik. kami tergelak. ronald mengerut dahi bertanya. “kenapa?”

” hahahahha” aku dan steven

“weh apeseal? ” ronald

“aku tak tahu plak style gombak punye pakai tali pinggang macam ni” aku

ronald tertoleh-toleh melihat tali pinggangnya. tali pinggang ronald terlepas dari memasuki lubang untuk tali pinggang pada belakang seluarnya. senget terbabas dari seluar ronald. kelihatan lipat-lipat di pinggang oleh kerana seluar itu saiznya agak besar sedikit.

“a’ah ni gombak nya stlye” ronald jawab dengan selamba.

“hahahahhahaha” aku dan steven terus gelak.

ronald menumbuk-numbuk di lengan bahu aku dan steven. aku dan steven terus gelak dan gelak. ronald memang cool.

p/s : ronald sekarang sudah makin pandai menyemat.

~ by fiq on November 28, 2006.

9 Responses to “eksperimen 43 : style”

  1. hahha…kami panggil style ‘jerut’!

  2. hahahha.. betol tue 13 may.. kami pon pagey cengitu..

  3. uish gelakkan member sendiri… haha 😀

  4. kau pula? ha ha

  5. peh, cool kau, ber’rakan taulan’ dengan anak orang putih.

  6. Hahaha… Ronald lebih sesuai kalau pakai talipinggang yang tak berlubang tu….

  7. apo ko mengarut nih.. hahahhaha

  8. 13 may : kitorang ikot tempat tinggal masing2 heheheh.

    maniq : hehhehheh

    kak kenit : alah gurau2 je. heheheh

    king : aku biasa aje king.

    aman : itu bukan nama sebenar.

    balckpepel : dia penah pakai.

    harris : kisah benar nih. heheheh

  9. name yang ko pakai tuh takder kene mengene ngn Ronaldo dr M.U n Steven Gerrard dr Liverpool kan? ;p

Leave a reply to blackpurple Cancel reply