fiqeologi 35 : kembali?

ya, dah berabad aku xupdate blog. dengan alasan apa? (mengeluh panjang).

noktah.

Rutin aku lari menyimpang dari yang asal.

noktah.

Apa khabar kalian semua? semua dalam keadaan baik? Aku? baru pulih. dari genggaman kekacauan emosi. Yang lain, semuanya seperti biasa. seperti biasa aku akan terbangun lambat dari tidur. dan kebarangkalian untuk pergi ke tempat kerja dengan tidak sumpah seranah adalah amat kecil. Walaupun dengan membonceng motor-skuter ego aku yang kecil dan bewarna hitam tu, aku tetap seperti pemandu2 kereta, yang terpaksa mengharungi deretan2 kenderaan lain di laluan jalan cheras yang sesak hingga lah ke jalan loke yew yang entah bila nak siap pun aku xtau.

perkataan2 yang biasa terpacul dari bibir aku yang xkurang seksinya ni memang boleh menyirapkan darah manusia2 yang mendengarnya. aku rasa, setiap pagi aku harus memikul dosa yang mungkin beratnya satu tan kontena yang berisi padat. aku tau korang pon. jangan tipu aku. tuhan tau.

bukan aku xcuba untuk bangun awal, tapi macam manusia2 lain, aku juga akan menutup bunyi alarm telefon selular aku dengan mata yang pejam dan terus menyambung mimpi yang xlah seberapa indah. dalam kira2 setengah jam kemudian baru aku akan tersedar dengan keadaan terpinga2 dan menyumpah seranah diri sendiri. subuh? hampir subuh gajah.

di tempat DBKL, kami diberi pilihan untuk masuk kerja dalam masa2 yang tertentu. iaitu 7.30, 8.00 dan 8.30 pagi. oleh itu, sebagai seorang pekerja kerajaan yang berkarisma dan berdedikasi. aku telah memilih jam 7.30 dan dengan secara automatiknya aku akan mengisi borang yang bersaiz a4 dan berwarna putih dengan garisan2 kosong yang perlu diisikan alasan2 yang munasabah.

aku dah taubat. mulai bulan depan aku akan memilih jam 8.00 pg, juga sebagai seorang perkerja kerajaan yang berkarisma dan berdedikasi.

oh, masa tidur. nanti aku akan ceritakan. rutin aku yang menyimpang.

rakan2 blog skalian, aku akan serbu blog korang nanti. tapi bukan sekarang. sebab dah pukul 11.30mlm. aku tau korang paham. korang pon xnak aku menyumpah seranah di pagi hari kan? kan?

p/s :hahahahhahahahha.

Advertisements

~ by fiq on April 21, 2008.

27 Responses to “fiqeologi 35 : kembali?”

  1. yeay..aku yg first komen..ahahah..amacam..feeling better?..no hal..life goes on..put ur past behind u n jadikan ia pengajaran..hahah..ni entry yg latest, kedua aku bace citer psl rutin pg die..heheh..same..lbeh kurg..sumer ‘persis subuh elephant’ (quote kate2 org) hahaha..pas2 ni slalu2 kan lah update..peminat ko rmai yg tgu nk bace n komen nih..heheh..n satu lg..aku tidak menyumpah seranah di pagi hari..hahaha

  2. alo fiq.. sihat ke? haha biasalah tu baru keje.. lepas ni updatelah selalu.. 🙂

  3. khir toyo punya sibuk pun ada masa nak ber blog..

  4. matley : bro. bila mau ke tanah air. ya,life goes on. u jump i jump.

    aminbakish : kak, sihat alhamdulillah. lepas ni update punye.

  5. haha fiq..kalau aku mau pulang, ko antara yg pertama kan ku kabarkan..heheh

  6. erm. encik fiq berusaha bgn awal, ya? mase muda ni lah kite nk cantikkan amalan kite, sbb bile dh tua, amalan tak elok akan jadi tabiat, susah kite nk ubah. same-same kite berusaha bgn awal, OK? owh. ganbatte jugak semasa kerja! all the best! thanx for dropping by my blog. hope to see you again some times. *^^*

  7. chot : khir toyo bukan macam aku. aku berdedikasi bro. hahaha

    matley : orait my bro.

    nani-chan : arigato ne

  8. betul bro, berabad ku tunggu ko ehehe. klu pilih 7.30 tp nak datang kul 10 boleh ke bro? ;p.

  9. fiq!! i miss you.. eh, add my on ym la if you have.. got like lots things to tell you.

  10. adek : boleh, xde masalah. sket aribulan dapat la surat cinta

  11. mel : id? gimme

  12. Haha..kembali pon ko. Di saat aku tgh carik member nk tgk cite The forbidden kingdom. 😉

    Pakcik aku keje DBKL aku nmpak cam relek jek bab time keje ni. Mungkin dah senior kot. Sekarang dia nk masuk JKR plak. Apapon aku ingat nak lepak ngan ko la weekend ni. Ko x kuar deting ke?

  13. fuad : bro, cun gak tu. tapi minggu ni xtau lagi la, aku nak tlg member aku cat rumah

  14. ahax~….
    posting pada hari yang sama dengan aku..cait…tiru..haha..
    matley, aku orang kebraper ko nak bagitau??

  15. kalo aku, aku pilih 8.30,ehe

  16. Huhu..
    Lama hilang..
    Sebok?

  17. elo fiq~sudey lame tak lawat blog ko neh..err…btw ,my blog address da tukau..neh link baru:thephlegmatic.blogspot..
    n need ur email..sbb mau private..huhuhu~

  18. opaq ; xde tiru la.

    dayah : aku mls kalo lagi lmbt lagi jem

    akirasuri : xsibuk tapi kacwau sikit

    za : mcm mana nak masuk ni. add fiqualizer@yahoo.com

  19. sudey add da~

  20. sudey add da

  21. Aku masuk sini dari laman Technorati aku. Kau ni, kejap ada, kejap hilang…Hehehe!

  22. aik..hilang sudaa ko ny 35.5?

  23. haha..dia sudah kembali !! tapi..untuk berapa lama..hurm..adakah akan menyepi semula ?

    hehe..so amacam skarang ? masih susah bangun pagi kaa ? set la jam tu lg awal dr yg biasa..

  24. za : orait

    jowo : ye aku memang macam biskut tu

    matley : hehehhe. diam

    idzra : kembali!da set awal pon sama je

  25. laaa awat tak masuk 8.30 daa.

    cumanya, yang potong stim tu, kalau sampai 8.30 and tengah elok-elok beratur nak punch kad, kena berdiri hormat la plak sebab Negaraku at 8.30. Kelakar la kerja kat Wawasan tu.

  26. oh aku sgt suka apache

  27. Selamat kembali fiq.. aku pun dah lama tak berblog dah ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: