eksperimen 4 : aku, roti dan ……

gambar hiasan sahaja

Seperti hari-hari biasa, waktu pagi aku akan bersarapan di kedai mamak abc bawah office.Dengan suasana yang riuh, abc menjadi tempat utama bersarapan bagi masyarakat majmuk disekitar kawasan Sri Taming, Cheras. Tidak kira bangsa, melayu, cina
india, indon, negro pun tak terkecuali akan singgah di abc untuk menjamu selera di pagi hari. pelabagai juadah turut disediakan.

Dengan alunan bunyi kereta-kereta yang kelam kabut di jalan besar di depan abc meriuhkan lagi suasana di pagi hari..

Dan, aku, seperti biasa duduk di meja bulat kerana aku makan seorang diri sahaja(kesunyian). Meja petak terlalu besar untuk duduk seorang diri. Oleh kerana akan menampakkan suasana kesunyian itu lebih terserlah. Jadi aku buat keputusan duduk dimeja bulat bila aku makan secara perseorangan. dan di meja petak bile makan secara beregu atau lebih.

Diringkaskan cerita, aku biasanya akan memanggil mamak yang selalu aku panggil(semacam je ayat ni) tapi, malang sekali hari ini, si mamak(abu bakar bukan nama sebenar) tidak hadir untuk melayan pesanan aku.

Tiba-tiba datang mamak yang biasa aku lihat tapi namanya aku tidak tahu di tepi bibir meja yang aku sedang guna.

Bermulalah acara mengambil pesanan…

aku : anne~ mana abu bakar? itu sorang lagi

mamak tu : petang juga kerja (bermaksud – dia shift petang)

aku : oooh, itu macam ka.

mamak tu : mau makan apa?

aku : roti..milo

mamak tu : oke

mamak tu terus ke sana dan hilang dari pandangan aku..aku menunggu makanan yang baru dipesan tadi sambil melihat telatah orang lain ( aktiviti biasa).

3 minit..

4 minit…

5 minit….

dan.. akhirnya mamak tu datang dengan membawa makanan yang aku pesan tadi sambil bertanyakan air apa yang aku ingin pesan,”setahu aku, aku dah pesan tadi..milo,tak apalah,
aku tidak dapat menahan lapar lagi.air lambat sikit sampai pun takpe”(dalam hati).sementara itu, mamak tadi meletakkan roti yang aku pesan tadi itu betul-betul di hadapanku,lantas aku pun terkujat!

aku : kenapa la roti canai aku ni itam semacam ( dalam hati aku berbisik)

aku : anne~ ni apsal kaler lain, roti hangus punye kaler pun takda ini macam

anne : roti milo la kan~ (lenggok tamil nye terserlah)

aku : *terkedu*

sambil mencubit roti tadi, kelihatan serbuk2 milo melekat- lekat didalam roti canai aku..

aku : anne! air suam satu.milo cancel

anne: oke

aku : aku salah cakap ke tadi? (dalam hati)

kelihatan makcik disebelah tersengeh-mengeh kat aku…aku pun membalas sengeh nye dengan terpaksa.

sejak dari kisah tadi, aku buat kesimpulan, nak order kene ckp dengan jelas dan nyata. dengan tajwid yang betol.
kalo tak..camni la..hampess..

p/s : nasib baik roti tu boleh dimakan walopon manis sket =\

~ by fiq on August 9, 2006.

7 Responses to “eksperimen 4 : aku, roti dan ……”

  1. he he he lawak…pecah gelak saya dalam lab ni baca entri ni…lain kali cakap bagi jelas ye…mamak tu “keliru aku keliru, apalah order mamat itu”…he he he…

    nota budak sekolah: sedap ke roti canai perasa milo tu??huhuhu ;p

  2. hohoho~ try la order. baru tahu rase milo apabila digorengkan dengan roti

  3. lorr..mcm ni pun leh berlaku ker?haha

  4. aiyak…cerita la sikit pasal rasa roti milo tu…ahaksss…;)

  5. ia nya manis dan ade sedikit rasa muak~ huhuhuh~ rasailah roti milo~ order sekarang! limited!

  6. roti gardenia cicah milo pernah la aku rase. mak aih, lepas ni aku pon nak try.

  7. try jgn x try~

Leave a reply to mfazari Cancel reply